buih

Jumaat, 9 Oktober 2015

Jatuh Cinta Berkali-kali Pada Orang Yang Sama....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca blog sekalian ....
    Hari ni Deeya nak kupas tentang topic yang Deeya tujukan pada hari ini iaitu 'Jatuh Cinta Berkali-kali Pada Orang Yang Sama....'
    Percaya atau tidak manusia ditakdirkan untuk hidup berpasangan dan dalam banyak2 lelaki ataupun perempuan mesti ada sorang saja yang korang betul2 cinta kan.
    Jatuh cinta adalah sesuatu perasaan yang tidak mampu ditolak tepi,kekadang rasa itu datang dengan sendiri tanpa diminta ataupun diundang ,Tapi kalau jatuh cinta pada orang yang pada mata kasar memang sukar untuk di miliki dan harus mencintai dia hanya dalam diam memang sukar nak digambarkan tapi itulah yang sering terjadi....
    Yup perempuan memang cepat jatuh cinta dan perasan tapi itulah hakikat seorang wanita yang lelaki perlu tahu.Bukan kerana terdesak tapi cuma hati sudah terpaut pada hati sang jejaka ,bukan kerana rupa,bukan kerana harta,dan bukan kerana status yang dimilikinya tapi cuma terpaut pada hati dia....
    Mencinta secara diam adalah jihad agar tidak tersasar dari jalanNya ,ia mencegah kita dari pada melakukan sesuatu yang memalukan kaum wanita ataupun lelaki.
    Cinta secara diam adalah suci,tapi sampai bilakah ia harus berlaku'sampai si dia bertunang dengan orang lain,sampai si dia nikah dengan orang lain'?Memang perit rasanya jika itu yang terjadi....
    Pembezaan waktu,batas usia dan batas tempat,memang sukar untuk memulakan dahulu cerita cinta kita,tapi itulah hakikatnya....
    Tapi,macam mana kalau kita jatuh cinta pada orang yang sama setiap saat,waktu,hari dan seterusnya sedangkan dia sukar untuk dimiliki kerana si dia sudah pun berpunya?
    Yup jatuh cinta pada si dia berkali-kali walaupun kita hanya membayangkan wajahnya di dalam minda kita pun akan membuatkan kita jatuh cinta pada si dia berjuta kali,inikan pula bila kita dapat mendengar suaranya yang dapat menenang jiwa,hati dan kalbu kita dan sekali lagi kita jatuh cinta pada si dia....
    Banyak persamaan dengan si dia,selalu rasakan pertanda jika si dia dalam apajua situasi,hati tenang bila melihat wajah si dia ,terasa bagaikan ada dejavu pada si dia.Rasa cinta bertambah setiap hari 'ADAKAH ITU CINTA'
    Selalu mimpikan si dia ,setiap kali mimpikan si dia setiap kali itu juga lah harapan datang dengan sendirinya,mimpi itu indah bila ada si dia di dalam mimpi kita,mungkinkah dia jodoh kita,Deeya masih muda untuk memikirkan soal jodoh,



    Okeylah korang , Deeya stopkan kan sini saja lah sebab Deeya pun masih memikirkan dan keliru dengan kehidupan pradewasa sebab Deeya tak pernah ada pengalaman untuk menjadi dewasa yang seimbang emosinya, I'M STILL 19 YEARS OLD,Sorrylah kalau korang terpaksa membaca karya Deeya yang panjang ni hihihihi....
    Jumpa lagi next post ASSALAMUALAIKUM....