buih

Ahad, 5 Mei 2013

Tiba - Tiba Jatuh Cinta....

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan sekali
Tetapi berkali-kali
Padamu kekasih.....
Aku asyik

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Ketika kau fahami
Sewaktu kau merasai
Padamu isteri...
Aku terpesona

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Bukan pada wajah
Pun bukan pada tingkah
Hanya pada bicara hatimu
Aku rindu

Tiba-tiba aku jatuh cinta
Terasa mesra dan serasi
Apabila kau dan aku
Menjadi satu....
Kerana yang SATU.


                                                                         

Sabtu, 4 Mei 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia !....(Novel)

SINOPSIS:

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.Itulah yang terjadi pada SYAFA AQIRA dengan FARISH ADRYAN.Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman univesiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Faris bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

   ''Aku buat semua ni kerana mama.Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.''---FIRASH ARSHAD.

   ''Ya,aku tahu Firash.Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku.''--SYAFA AQIRA.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak diperdulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash.Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir,ada saja dugaan yang datang menimpa.Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka.Firash jadi nanar.Hidupnya serba-serbi tidak kena.Bagi Firash,Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya.Dia sanggup untuk  berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

   ''Siapa nak tidur atas riba awak?Please lah!Tak ingin pun!.''--SYAFA AQIRA.

   ''Betul ke tak ingin?Dulu okey aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak.Takkan awak dah lipa kut?.''--FIRASH ARSHAD.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu?Bgaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash?Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?.



Jumaat, 3 Mei 2013

Mekar Bersama Rindu

Desir-desir angin
menimbul seribu ingin
terasa meresap sukma cinta
membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun 
melarik pohon merimbun
merangsang rindu bertemu
bilakah cinta akan bertamu

Ah....bila cinta ysng SATU
mudahlah kita bertemu
jauh pun bukan alasan
pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu....
walau jarak kita beribu batu
munajat ini mekar bersama rindu



sakit plak hati kita

.. ta semua indah dlm bercinta,ad yg manis ad yg pahit.. .. ta semua lelaki boleh dipercayai,ad yg berjanji untuk setia namun harapan yg diberi hampa.. .. langsung lupa pd janji.. ..jnji untk tidak curang namun tanpa disedari dia ad someone kt belakang kita.. .. sakit kn bila di tipu mcm ni??.. .. klau da ta sayang ckp ta sayang,ni ta buad mcm ta ad ap2 yg berlaku.. ..klau nk putus ckp la elok2.. kn senang.. ta pyah nk serabut kn kepala otak nk pkiq psal ni.. .. ta pe la,if you want her,go la.. aku ta leyh nk halang.. .. klau kau rse dia yg terbaek utk kau.. but,aku ta rse kau baek.. kau yg selalu sakit hati tnpa tnye hal sebenar.. .. kau mmg ta leyh harap.. .. but,aku harap kau happy ngan dia ea.. .. jgn cri aku,but kdg2 aku nk cuba utk contact kau.. sorry klau kau ta happy  ngan aku.. .. aku da cuba utk faham kau but,kau yg ta pernah nk paham aku!!!.. now, biar la aku sndiri.. dgn hati yg terluka..