SINOPSIS:
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.Itulah yang terjadi pada SYAFA AQIRA dengan FARISH ADRYAN.Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman univesiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Faris bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
''Aku buat semua ni kerana mama.Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.''---FIRASH ARSHAD.
''Ya,aku tahu Firash.Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku.''--SYAFA AQIRA.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak diperdulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash.Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir,ada saja dugaan yang datang menimpa.Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka.Firash jadi nanar.Hidupnya serba-serbi tidak kena.Bagi Firash,Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya.Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
''Siapa nak tidur atas riba awak?Please lah!Tak ingin pun!.''--SYAFA AQIRA.
''Betul ke tak ingin?Dulu okey aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak.Takkan awak dah lipa kut?.''--FIRASH ARSHAD.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu?Bgaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash?Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan